Kelas Asas Canva (Mencipta Poster Covid-19)
2 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 1 Julai 2020 yang lalu, pihak Pusat Internet Kg Padang Wahid telah mengadakan satu kelas asas canva (mencipta poster covid-19) kepada para pelajar sekolah rendah yang masih belum memulakan sesi persekolahan. Kelas ini telah melibatkan pelajar darjah 3,4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Kedawang,Langkawi.Kelas ini bertujuan untuk menilai dan melihat peningkatan para pelajar selain menggunakan masa cuti ini dengan baik dengan aktiviti yang berfaedah di pusat internet.
Selain itu terdapat juga penilaian dibuat berdasarkan tugasan yang telah diberikan dan hasil tugasan akan dinilai selepas proses menyiapkan tugasan. Antara tugasan yang telah diberikan ialah para pelajar ditugaskan untuk membuat satu poster berkaitan dengan covid-19, cara penilaian adalah berdasarkan pemilihan topik, pemilihan warna, pemilihan template dan juga cara-cara pelajar mengubah template tersebut mengikut kreativiti mereka sendiri. Dilihat para pelajar begitu bersungguh-sungguh menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: